Bab4
“KAU ni Bella tak baik tau kau malukan dia depan orang
ramai. Malu dia tu. Tapi kan dia tu handsome jugak kan iras-iras Robert
Patinson. Hensem la bella. Hidung dia mancung, bibir dia nipis warna merah
pulak tu. Rambut dia sebijik macam Robert Pattinson” puji Trisya.
“Tak payah la puji sangat. Tunang kau nak taruk mana?
Tapi kan tak boleh dinafikan dia tu memang hensem. Haha. Bella ! Nama dia apa
tah ?” tanya Mia.
“Kenapa korang nak tau pasal mamat belagak and pegecut
tu ?”
“Kita orang tanya je. Takkan tak boleh kot ? Bagitau
je la nama dia” desak Mia.
“Nama dia Irham Iskandar bin Tan Sri Zainal puas
sekarang ?” tanya Bella.
“Nama seindah rupa” puji Mia sambil tersenyum-senyum.
Bella
yang mendengar rasa ingin termuntah apabila mandengar pujian yang dilemparkan
kepada Irham. Bukan hensem mana pon. Tapi..ahh lupakan je la pasal mamat
belagak tu. Malas nak fikir. Tapi bila fikir-fikir balik kesian jugak kat dia.
Ahh! Lantak lah ,sapa suruh cari pasal dengan aku. Sekarang rasakan.
“Memang la
nama seindah rupa. Tapi perangai dia tak seindah rupa nak buat apa?”kritik Bella.
Mia dan Trisya
memandang sesama sendiri lalu menggeleng.
“Bell, orang tua-tua cakap kalau kita terlalu bencikan
seseorang tu maknanya dia jodoh kita” ucap mia sambil tersengih.
“Oh , please ?
Kau dengar mana ni? Percaya la sangat benda-benda mengarut tu!” pintas Bella.
BELLA melangkah
masuk ke dalam rumah sambil menjinjit beg kertas yang penuh di tangan.
“Borong sakan kak? Ada tak barang untuk Izzat ?” tanya
Izzat lalu mencapai majalah di atas beja di hadapannya.
“Barang untuk kau takda. Tapi buku ada untuk kau. Jangan
lupa buat pulak. Rugi je duit aku kalau kau tak buat” kata Bella sambil
menghulurkan palstik yang berisi buku kepada adiknya.
Izzat mencapai palstik yang dihulurkan oleh kakaknya
sambil mengucapkan terima kasih.
“Kak” panggil Izzat.
Bella
memandang adiknya sambil berkata
“Kau nak apa lagi ?”
“Mama tak masak ke hari ni ?” tanya Bella.
“Masak, tapi lauk tengah hari tadi dah habis. Bik
tengah masak makan malam.”
“Tunggu je la malam nanti”
“Eemm .. tak boleh tahan la kak”
“Hish, dah la. Sampai besok pun tak habis kalau layan
kau” ucap Bella sambil bangun dan mencapai beg kertas dan berlalu menaiki
tangga.
Sedang Bella hendak menuju ke biliknya. Dia
terserempak dengan mamanya.
“Baru balik Bella ?” tanya Datin Hanani.
“Aahh ma. Shopping banyak sangat” jawab Bella sambil
mengangkat beg kertas untuk ditunjukkan kepada mamanya.
“Okeylah ma. Bella nak masuk mandi dulu. Bergetah dan
badan ni” maklum Bella sambil mencium pipi mamanya dan melangkah memasuki
kamarnya.
“Okey .. nanti turun makan malam. Malam ni Kak Intan
kamu nak datang ”
“Orite ma” jawab Bella ..
“IRHAM , kenapa basah ni?” tanya Puan Sri Zulaika.
Tanpa mempedulikan
pertanyaan mamanya, Irham melangkah ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa berhadapan
dengan Tan Sri Zainal. Datin Zulaika mengikut langkah anak terunanya lalu duduk
di sebelah suaminya.
“Ada perempuan gila dekat Mcd tadi. Tiba-tiba je tuang
air atas kepala Irham.
Such a crazy girl!” tutur Irham sambil meraup wajahnya.
“Hishh , apa pulak cakap macam tu. Tak baik tau. Dia
tak sengaja kut. Kita tak tau Amm” ujar Puan Sri Zulaika.
“Tak sengaja apanya. Dia tu memang sengaja tuang air
atas kepala Amm.” balas Irham.
“Entah-entah kamu buat apa-apa kat dia. Kamu tu bukan
boleh sangat” ujar Tan Sri Zainal yang sedari tadi diam membisu. Kenal sangat
anak terunanya itu.
“Amm, esok
Amm kena ikut papa pergi ke syarikat Uncle Tarmizi. Papa nak Amm keja kat sana
buat sementara waktu. Papa nak Amm cari pengalaman kat sana. Jangan dok
mengorat kat sana pulak. Buat malu papa je” tambah Tan Sri Zainal sambil memandang
anak terunanya.
“Okey” jawab Irham pendek lalu bangun dan berlalu
menaiki tangga.
USAI menunaikkan solat maghrib, Bella mengantungkkan
kain telekung dia atas ampain yang tersedia di dalam biliknya.
Bella
melangkah ke katil lalu berbaring di atas katil. Sedang ingin dia melelapkkan
mata, telefon iphone 5 itu berdering. Lagu ‘I know you were trouble’ nyayian
taylor swift berkumandang minta diangkat.
Tanpa berlengah, Bella menjawab .
“Hello, Danish you nak apa telefon I malam-malam ni?”
tanya Bella.
“Ala , I nak call buah hati I pon tak boleh ke ?
Sayang , dah lama kita tak keluar. Jom kita hang out malam ni. Nak tak ?” tanya
Danish.
Danish
merupakan salah seorang lelaki yang tergila-gilakan Bella. Tetapi Bella tidak
pernah mengangap Danish sebagai teman lelaki sebaliknya teman tapi mesra.
“I malas nak keluar malam ni. Petang tadi baru je I
keluar dangan Mia and Trisya. I baru je balik tadi. I penat. Nanti-nanti la you
ajak I keluar ye?” terang Bella lalu menutup talian telefon dengan segera.
Bukan dia tidak suka, tetapi dia rimas dengan sikap
Danish yang terlalu penyanyang. Pagi, petang , malam Danish menelefonnya tanpa
jemu walaupun dia tidak menunjukkan tanda-tanda ingin melayan.
comment dalu-alukann ;)
ReplyDelete